Wednesday, December 29, 2010

AFF Suzuki Cup Kini Milik Malaysia

Final 1 - 26/12/2010 (Ahad) - Stadium Nasional Bukit Jalil, KL
Final 2 - 29/12/2010 (Rabu) - Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta


Tahniah!!....Tahniah!!....Tahniah!!....Tahniah!!....kepada perwira2 negara yang bejaya membawa balik Piala AFF Suzuki Cup ke tanah air setelah 14 tahun... fuh lama tue...walau pelbagai tohmahan dan spekulasi diberikan, pemain Malaysia berjaya buktikan kehebatan mereka... dah terima kasih juga kepada penyokong Malaysia yang tidak henti2 memberi kata2 semangat dan tidak juga kepada yang memberi kritikan yang membina... Disebabkan perwira2 kita ni PM kita Dato' Sri Najib bagi kita 1 day off..yeay... So, selamat bercuti. 

Monday, December 20, 2010

Kemalangan Maut Di Simpang Pulai..

Banyak betui kejadian kemalangan melibatkan bus ekspress dan persiaran..arituh kat simpang Ampat kt Melaka.. semalam kat Simpang Pulai plk.. bahaya betui simpang2 nih...ari jumaat nih dah la nk balik kampung naik bus ekpress..dah jadi takut dah nak blik kampung naik bus.. takot, tengah sedap2 lena, jaga2 kaki N tangan xdak.. huiii.. mintk simpangla..lanjut sila la baca dibawah.....












Dua puluh tujuh orang, kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas persiaran yang membawa pelancong negara itu, terlibat dalam kemalangan di Km 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai jam 11.40 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata 22 orang mati di tempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital manakala seorang lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.

Katanya, bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.

Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Zakaria berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.

Menurutnya, identiti dan jantina mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti.

--Bernama

Sunday, December 12, 2010

KongSi:Lu Langsi, Lu Mati!!.

hei... xsabar rasanye nk tgk cite KongSi nih, filem yang arahan pengarah muda Farid Kamil ..para pelakon filem nih pon leh tahan hebatnye.. nak tgk sbb ader sam, azad,fizo N etc2.

barisan pelakon yg membintangi KongSi nih..
 filem ganas + lawak... masuk dlm kategori wajib tengok ni..... cam best jer.. harap2 x indah khabar dari rupa dah la erk.....pape pn filem ni akan realease pada 2011nanti.. ni adalah trailer die.. klik kat sini..

Wednesday, December 8, 2010

Konsert Mr. 'S'....sapa lg kalau bukan Faizal Tahir

Last week i have a great N wonderful weekend with my childhood friend eijah.. kiteorg pg tgk konsert abg 'S', (Faizal Tahir) and kak deeba.(Adibah Noor) - (4 Dec 2010) Syok gile.. sampai cam nak terloncat2 cam kera busuk la gamaknya. Tp yang xbestnye dpt snap pic dari atas jer... 

It's me!..snap pic sblm pg konsert.. snap2..

with my childhood fwen.. eijah..

dapat snap pic Faizal dr atas je.. huhuh..

ramai gile org..




Awat x nya cik zalia ni kan xpnh p konsert tuh yg mcm kera sket..(uih.. memalukan jer..) .. But, mmg fascinating both of them especially kak dib.. gempak gile.. syok sgt tgk kak dib nyanyi smp lupe nak snap2 pic.. rugi lak rasanye.. huhuhu...cume dapt snap pic Faizal tahir jer.. nak pg lg.. syok nye.....

Tuesday, December 7, 2010

Filipina, Singapura dan Vietnam.. Siapa Layak ke Piala AFF Suzuki??!

Keputusan Piala AFF Suzuki pada malam td 7/12 adalah berpihak kepada pasukan Malaysia dan Indonesia..
Tahniah kpd skuad Malaysia menang ke atas Laos dengan 5-1 manakala Indonesia menang dengan 2-1 ke atas Thailand..

Oleh itu pasukan Malaysia dan Indonesia mewakili kumpulan A untuk ke separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2010..

Gol Malaysia dijaringkan oleh Amri Yahyah (2 gol), Amirul Hadi, Talaha dan satu gol sendiri..Tahniah kepada pasukan Malaysia..

Dan terima kasih kepada Bambang yang meledakkan 2 gol untuk memastikan Indonesia mendominasi group A sekali gus melayakkan pasukan Malaysia ke separuh akhir dengan menyingkirkan pasukan Thailand..

Saingan separuh akhir pada 15 Disember ini, skuad Malaysia selaku naib juara kumpulan A  akan menentang juara Kumpulan B yang hanya diketahui, hari ini ketika Filipina, Singapura dan Vietnam masing-masing ada peluang untuk layak.

Nota kaki: Kalaula Thailand menang semalam.. mmg xda harapn lah Malysia.. tp nasib baik menang...YEAY...

Monday, December 6, 2010

Knp ini semua harus terjadi kepada ku.. setelah 3 tahun bersama?..Apakah kekurangan aku?.. Aku tahu, aku bkn awek yang bagus untuk die... tp aku berusaha untuk menjadi awek yg terbaik untuk die, untuk family die.. Aku BERUSAHA... tp die langsung xnampak itu.. yg die npk hanyalah keburukan aku... KESALAHAN aku... xpelah mmg dah xde jodoh agaknye.... xpelah.. kali ni aku berserah pada yang Maha Esa..


Sunday, December 5, 2010

~.: Awal Muharam:.~

PENGENALAN AWAL MUHARRAM
Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.
MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).
Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.
Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.


Doa Awal Tahun


Maksudnya :
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Akhir Tahun


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

PERISTIWA PENTING BULAN MUHARRAM
  1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
  2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Thursday, December 2, 2010

~.:BerShopping besama Teman:.~

Semalam G bershopping bersama teman... Bkn window shopping ye.. tp Berr... Shopping Sakan.. beli item untuk g Konsert tgk Faizal Tahir..But Still Under Budget.. terbeli barang2 yg x diperlukan..contohnye head band nih.. tp cute2..heheheh...


Snap@ My Ofiz..


Then Cik Zalia balik umah, house mate lak ajak g Jusco Maluri.. ader J Card day... memg naek gile.. punyelah ramai org.. seb bek lupe bwk cam.. lau x, dah leh snap2 pix n upload.. tp.. mmg murah gile.. Cik Zalia beli brg mekap Revlon.. baru 30 rinngit utk 3 barang.. yang asal harganye.. dkt2 100ringgit gak lak.. lau ikot emosi... semua Cik Zalia nk amik u... hui....my house mate ckp die dah naek mereng tgk harge2 tuh semua.., then i said, "nasib baik gile, lau gile camne?..dah xjumpe jalan pulang..

Wednesday, December 1, 2010

~:BLog Traffic:~

 Bowink xde keje, so blogwalking ke blog2 yang ader di cyberworld nih.. terjengah la plak ke 1 blog yg rasa2 nye entry die menarik.. Blog Akak KaripapSayur.. a.k.a Mak Qaiser.. post nih dok menceritakan tentang camne nk naikan traffic rank ke blog kite.. lau nak tahu cam ne klik sini..Tp,.. apakah itu..dan bagaimanakah ia berfungsi... dah buat.. cam xjadi jer.. huhhuhuhu.. Mak Qaiser, ... tulun... (T_T)...